Saturday 29 October 2011

 under coat primer. untuk menutup calar halus dan menjadikan permukaan licin. benda ni macam simen kereta gak cuma ianya boleh dispray menggunakan spray gun.



 ini bahan utamanya untuk undercoat.

dah lepas undercoat. perhatikan yang saya hanya menggunakan plastik je untuk menutup tempat spray (spray booth) kos plastik rm 30je
 proses undercoat. nampak licin dan rata untuk beginner seperti saya


 ada kesan calar dalam yang tak hilang bila undercoat. nak kena letak putty (simen) ni
 bonet depan nampak kemas dan rata

bahagian tepi yang rata dan kemas


huh penat juga spray undercoat ni. maklumlah baru first time buat. banyak benda nak kena belajar lagi. tapi saya rasa puas hati dengan hasil tangan sendiri....

Thursday 28 July 2011

spray bonet kereta

mari spray bonet anda

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. harini saya nak kongsikan pengalaman saya soray sendiri bonet kereta menggunakan peralatan asas spray. peralatan yang saya gunakan
1. compressor kecil 25 liter 2HP
2. spray gun gravity feed murah rm35
3. cat kereta warna putih dari Jack Poul auto color mixing
4. TOA clear coat

pada asalnya saya was-was untuk spray kereta ni. maklumlah benda ni sangat baru bagi saya. walaupun saya berpengalaman dalam spray body motor, pengalaman tak banyak mana pun cuma beberapa kali sahaja saya spray motor ni. tapi saya gagahkan jugak sebab saya ni memang sukakan benda-benda DIY ni. buat sendiri hati pun puas